"SESUNGGUHNYA SOLATKU, IBADAHKU, HIDUP & MATIKU HANYA KERANA ALLAH TUHAN SEMESTA ALAM"
Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah :)
Saturday, September 15, 2012
sedarkah kita?
Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, mereka segera berdoa kepada Tuhan mereka dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberi mereka merasai sesuatu rahmat daripadaNya, tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhannya;
Dengan sebab itu, mereka mengingkari nikmat-nikmat yang telah Kami berikan kepadanya. Maka (dikatakan kepada mereka): “Bersenang-senanglah kamu (bagi sementara), kemudian kamu akan mengetahui (balasan kederhakaan kamu)”.
Pernahkah Kami menurunkan kepada mereka (yang musyrik itu) sebarang bukti keterangan, lalu ia menerangkan jalan yang membolehkan mereka lakukan perbuatan syirik itu?
Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa.
(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.
(surah ar-rum ayat 33-37)
#usrah yg aku tak dpt join.
tp bile aku bce balik ayat ni, aku pown slalu gak buat.bile ssh br cr Allah.bile sng lupe Allah.
tu lah Allah dah turunkn dlm al-quran, sifat2 manusia nie.tu lah hebatnya pencipta kte kn?manusia ni mudah lupe.
rezeki yg Allah bg tu semua Allah nk uji jer.. bersyukur la ape yg diberi walaupown tak bnyk.
n terima dgn sabar if sumthing yg kte nk, tak dpt...mungkin ade hikmah di sebaliknya.
Allah knows the best for us.
jom layan lagu nie. http://www.youtube.com/watch?v=RBrdl0v_anc
same2 muhasabah diri.tq for reading. ;)
Friday, September 14, 2012
semester 5
hye uolls.! assalamualaikum. tadaaaaa~ da masuk sem br,azam pown kne br, bilik br, rumate br, kwn br, semua2 pown nk br. bf?? nk br gak blh??hahaha!!!
![]() |
| ni la bilik aku. nk cr aku, dtg la cni.hihi :) rumate aku nme dowang FITRI (chem eng) n MIRA (mascom). |
![]() |
| ni la tmpt tidur aku. cntek tak??hihi |
![]() |
| ni jadual sem 5, klau nk ajak kua, tgk sni dlu okey?? |
![]() |
| ni la sahabat rapat aku sem nie. cun-cun uolls~ wif GAYAHKACAK n NIRA |
maaf ye rakan2 skalian.aku mgkin tak mcm dlu lg. #dlm proses utk berubah. mencari hidayah Allah.insyaallah. ;)
rumate aku Fitri tuh mcm kuat agama juge.tp prangai dy mcm pelik sket.mengadap laptop jerr.ari yg ke 5 kt cni, br aku bercakap ngn dy.sgt klaka kowtt!! haha.
Mira plak sgt frenly.biaselah bdk Mascom pulakk.hihi.
Arap2nye mereka oke la ngn aku.mgkin blom knl ati budi msg2.malu2 kucing agi..
nyway, ex-rumate aku zera a.k.a eton, selamat lah dgn rumate br. thanx sbb mengunjungi bilik kte yg tak seberape nie..
Nira harap bersabar ye tanpa aimi dlm kelas... :)
Nira n gayah semoge bersabar ngn kerenah kte ye.hua3~ thanx fren!!
tu je kowt utk entry ni. daa~
tq for reading.!
Tuesday, September 11, 2012
cinta dan penghambaan
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadat kepada-Ku"
(51:56)
pernah tak kita fikir maksud ayat ni ape?
kenapa Allah cipta kita?
ayat tu da terangkan da persoalan tu..
Allah cipta kte utk idup kt dunia ni utk beribadat kpd Dia.
hmm..cmne kte nk beribadat jer?ade bnyk mende ni kte nk wat.
huhu~ small matter jer..ape2 yg kte wat, mst la niat kerana Allah.
"buat baik berpada-pada,buat jahat jgn sekali"..hehe.
amar ma'ruf nahi mungkar.
so,kte sbg student, kne lah blaja niat krn Allah.
kte ni idup kena menuntut ilmu.
bkn blaja utk dpt dekan.
tp blaja krn Allah,akan dpt kejayaan di dunia dan akhirat.
oke? jom same2 btolkan niat.
*muhasabah diri dan nasihat kpd rakan2.
n kte kne egt, klau nk berjaya, kena usaha.
lepas usaha, kena la tawakal.
klau tak berjaya, jgn egt Allah tanak bantu kte,
tp mungkin usaha tu belum cukup lg.
berapa bnyk yg kte usaha,bnyk itulah kte akan dapat.
one more thing, don't give up oke!! hehe.
yg paling penting, masa stdy tuh, bce la doa blaja.
bile dgr azan, terus la menunaikan solat.
Allah dah pggil tu.kn?
jgn lengah2kn.
"Tidaklah engkau mencintai sesuatu melainkan
engkau menjadi hambanya, tetapi Allah
tidak suka jika engkau menjadi hamba bagi selain-Nya"
~ Ibn ‘Athaillah
engkau menjadi hambanya, tetapi Allah
tidak suka jika engkau menjadi hamba bagi selain-Nya"
~ Ibn ‘Athaillah
#ni nasihat utk tuan punye blog skali, ;)
trimas~
Wednesday, August 29, 2012
br aku sedar... alhamdulillah. ;)
BIAR TIDAK GLAMOUR ATAU DIPUJA MANUSIA,
ASAL POPULAR DI LANGIT TUJUH PETALA...
Surah An-Nisa', ayat : 115.
"Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali."
Surah Muhammad, ayat : 17.
"Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima petunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka dengan hidayah petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa."
Surah Al-A'raf ayat 178 dan Surah Al-Isra' ayat 97.
Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dia lah yang beroleh petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi.
Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dia lah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka, penolong-penolong yang lain daripadaNya. Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: neraka Jahannam; tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang.
#mungkin aku telah terpilih utk mendapat hidayah dr Nya...alhamdulillah.
#rakan2 skalian, mari sama2 mencari hidayah Allah. jgn tggu, masa akan berlalu dan kita akan menyesal di kemudian hari. sama2 memperbaiki diri keyhh! SAYA TANAK MASUK SYURGA SORANG2. SBB TU SY NK IGTKAN KWN2 SAYA. peace! TQ for reading!
Subscribe to:
Posts (Atom)



